BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

​ Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Kategori Penerima

  • MySubsidi Diesel

    Pengangkutan Darat

    Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui "fleet card".

  • BUDI Agri-Komoditi

    Petani dan Pekebun kecil

    Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

  • BUDI Individu

    Individu

    Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

Lain-lain

  • Permohonan Bayaran Balik

    Program SKDS

    Permohonan bayaran balik interim bagi permohonan SKDS yang telah diluluskan oleh KPDN tetapi masih menunggu untuk mendapatkan "fleet card".

  • Rayuan

    Semua Program

    Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan.